Saturday, February 18, 2012

Balqis Oh Balqis

Balqis oh Balqis....nanti mama tukarkan nama Balqis ek.....nak nama apa ye....Aminah,Khadijah,Jamilah,Zakiah,Halimah ok tak nama nie......hehheheheehehhehe


"Ustaz...betul ke Balqis itu nama bangsa jin.? Pelik juga soalan nie. Saya tanya balik, kalau betul kenapa? "Ada orang kata kalau ambik nama jin kita mudah didampingi dan diganggu oleh jin." Saya tanya lagi ada nas yg soheh ke? "Idak le ustaz..saya tak tahu pasai tu saya tanya ustaz..."

Dalam rancangan 'tanyalah ustaz' seorang penceramah melarang menggunakan nama-nama tertentu yang kununnya boleh membawa malapetaka akan kena gangguan makhluk halus. Antara nama-nama itu ialah Balqis,Najwa,Qistina,Arisya,Zaquan dan sebagainya. Tetapi apa kaitannya dengan manusia sekiranya nama ini diguna pakai?

Rasanya kita perlu berhati-hati agar tidak mengangkat sesuatu nama itu boleh mendatangkan mudharat atau musibah pada diri seseorang.Sesungguhnya mudharat dan menafaat kesemuanya datang daripada Allah swt. Sebarang dakwaan tanpa dibuktikan dengan sunnatullah,nas Al-Quran atau Al-Hadis perlu ditolak sama sekali kerana boleh mendatangkan syirik.

Profesor Dr Haron Din ketika ditanya, menolak sama sekali dakwaan tersebut dgn mengemukakan ayat 65 surah An-naml (sila rujuk) Meskipun begitu ada-ada nama-nama jin kafir yang disebut dalam hadis tidak sepatutnya digunakan kerana nama itu sangat buruk spt Azazil, Wiswas,Khannas,Murrah,Harb,Soba dan beberapa yg lain spt yg disebut dalam hadis

Saturday, December 10, 2011

Birthday Girls










  • lama gila tak bukak blog nie .....kejap je rasanya..... anak dara tunggal aku membesar ...Nama dia Nur Adriana Balqis binti Mohd Zuki.....lahir 7hb Disember 2001 ......kat sini aku sertakan gambar dia masa sambutan birthday sejak umur 2 tahun sampai 10 tahun ......(gambar 1 tahun tangkap pakai video kamera)....moga anak mama nie jadi seorang budak yang baik,bijak pandai,pintar,taat pada ibu bapa dan orang tua ....dan yang penting jadi anak yang soleh dan taat dsan patuh pada suruhan Allah......

Wednesday, December 7, 2011

Nur Adriana Balqis




NUR ADRIANA BALQIS


N - Namamu yang indah
U - Umpama seri cahaya
R - Rembulan penuh malam hari

A - Anaku yang nakal
D - Duri dihati kami
R - Rasa yang sakit
I - Indah dalam satu masa
A - Amat manja orangnya
N - Nanti menangis bila diusik
A - Adakala meraung meronta...

B - Buah hati pengarang jantung
A - Anak tunggal cucu sulung
L - Lahir tanggal 07.12.2001
Q - Qalbu pun ceria dan bahagia
I - Itulah Nur Adriana Balqis
S - Seorang anak penyeri hidup ayahbonda

Saturday, August 6, 2011

Wanita itu adalah aku


Seorang wanita kelihatan sepi sekali,
Entah apa yang bermain dibenaknya,
termanggu dia diam hilang dalam dunianya sendiri...

Saban hari kulihat wajah wanita sepi itu kian suram,
garis-garis hitam makin terserlah
menandakan betapa beban yang ditanggung amat berat....

Terdetik dihatiku,
dimanakah gerangan insan-insan yang menyayanginya?,
mengapa dibiarkan wanita itu sendirian?,
tiadakah yang sudi mendengar rintihan hatinya?,
atau tiadakah yang benar-benar dapat mengertikannya?...

Malang benar nasib wanita itu,
kucuba amati wajahnya,
kurenung sedalam-dalamnya,
seketika aku terpana dan lantas aku terjaga,
wanita itu amat kukenali wajah itu adalah..........

"dibalik cermin mimpi aku melihat engkau,
didalam engkau aku melihat aku,
ternyata kita adalah sama,
diarena hidup yang penuh bermakna"

First time.....buat blog sendiri ....betul ke aku dah buat blog nie....hehehhehe cam tak caya je......macam nak cantik kan blog nie...nak tekan mana...huhuhu confius x faham...